|
H
|
Ealty shop online
adalah salah seorang rakan niaga di bawah Syarikat Redlife Sdn.Bhd. Ia di
wujudkan atas dasar memberi kesedaran kepada seluruh wanita melalui sistem maya
mengenai pentingnya menjaga kebersihan alat sulit sebagai satu cara untuk
menurunkan kadar kematian dikalangan wanita yang disebabkan oleh kanser
payudara, kanser pangkal rahim atau ebih dikenali sebagai kanser servik.
Di dalam blog saya ini saya
akan berkongsi cerita bagaimana kronologi penyakit-penyakit kronik meningkat
secara mendadak dari hari kehari sehingga mencatat rekod pembunuh nombor satu
wanita adalah kanser payudara. Manakala pembunuh nombor dua adalah kanser
servik...
Mengapa wanita begitu mudah dapat penyakit walaupun sudah beribu ringgit kita laburkan untuk membeli produk/makanan kesihatan??? Jawapannya mudah sangat... setiap wanita normal pasti didatangi haid setiap bulan. Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks & berlaku disebabkan oleh perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh sistem hormon reproduktif & adalah satu cara badan membersihkan rahim daripada sperma & bakteria yang juga penting untuk meneruskan keturunan.
Kitaran haid yang tetap dan teratur adalah juga satu tanda kesihatan serta kesuburan yang baik & menunjukkan kebolehan tubuh wanita untuk melahirkan zuriat, satu fenomena semulajadi yang mengagumkan sejak azali serta merupakan teras kepada kewujudan kita.
Saya percaya ramai yang tidak tahu akan risiko wanita yang dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%. Menurut kajian 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah. Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 – 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj . Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, dia akan menghabiskan masa mendapat rawatan sebanyak 6 tahun dalam hidupnya.
SIMPTOM BIASA INFEKSI BAKTERIA KETIKA HAID:
1. Demam
2. Jangkitan pada bahagian luar
faraj
3. Jangkitan faraj
4. Keradangan Serviks
5. Keradangan Endometrium
6. Keputihan
7. Sakit belakang ketika haid
8. Panas badan
9. Sakit di bawah abdomen
Demam, mual, kerap kencing, sakit ketika kencing,
kekejangan serta sakit pada bahagian abdomen dan merasa selalu letih juga
merupakan simptom infeksi bakteria ketika haid yang boleh mendatangkan penyakit
ginekologi yang lebih mengancam.
Inilah jawapan kepada
persoalan mengapa wanita hari ini sering terkena penyakit yang sangat bahaya
dan boleh mengancam nyawa…
Kanser rahim / Kanser payudara
KESAN YANG TIMBUL ;
MASALAH PENYAKIT
KAUM WANITA SEDUNIA HARI INI....
83% terdedah pada jangkitan faraj. 62% nisbah penyakit ini berpunca daripada penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah
83% terdedah pada jangkitan faraj. 62% nisbah penyakit ini berpunca daripada penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah
Kronologi masalah sakit puan
Sebelum 1970, kurang kes sakit puan kerana wanita pada
ketika itu menggunakan kain sebagai ganti tuala wanita pakai buang!!
Selepas tahun 1970, apabila tuala wanita pakai buang
diperkenalkan di Malaysia, kes-kes kanser/sakit puan meningkat secara mendadak
STATISTIK KANSER PAYU DARA
Ø Kanser Payu Dara merupakan
Pembunuh No.1 Wanita di Malaysia!
Ø 45,000 Wanita di Malaysia
hidap Kanser Payu Dara (Tahun 2007)
Kanser Payu Dara tidak
semestinya diakibatkan oleh keturunan di mana 85% penghidap kanser payu dara
tidak mempunyai rekod Kanser Payu Dara di kalangan ahli keluarganya!
STATISTIK KANSER SERVIKS
- KANSER PANGKAL RAHIM (KANSER
SERVIKS) merupakan Pembunuh Kedua
Wanita di Malaysia!
- Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun 2007,
lebih 700 Wanita Malaysia meninggal dunia akibat Kanser Serviks setiap tahun
- Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Tahun 2003, 19.7%
daripada 100,000 Wanita Malaysia disahkan menghidap Kanser Serviks iaitu 1:5
- Lebih 270,000 kematian dicatat setiap tahun
akibat Kanser Serviks di seluruh dunia!
JOM KITA BERKENALAN DENGAN
TUALA WANITA YANG ADA DI PASARAN
Tuala wanita yang ada di
pasaran walaupun nampak bersih, putih dan gebu sebenarnya tidaklah sebersih
yang kita sangka. Kenapa saya berani cakap sedemikian? Mungkin ada sesetengah
dari kita yang tahu tuala wanita itu diperbuat daripada apa. Dan mungkin juga
ramai yang masih belum tahu. Di sini saya andaikan semua pembaca blog saya ini
masih lagi samar-samar tentang bagaimana tuala wanita di hasilkan.
Tuala wanita yang diklasifikasikan sebagai “Fast
Moving Consumer Goods” (FMCG) adalah dibuang serta-merta selepas penggunaan.
Justeru itu, ada sesetengah pengilang yang mengumpul
kertas yang telah digunakan dan di kitar-semula sebagai bahan mentah bagi
mengurangkan kos pengeluaran. Kertas buangan (Recycle Paper) terdedah kepada kelembapan,
kuman, kulat, virus dan kotoran.
APA ITU DIOKSIN?
DIOKSIN adalah sejenis
toksin yang terhasil daripada Proses Pelunturan Berklorin, Agen
Floresen dan Agen Pelembut yang digunakan dalam proses pengilangan
produk kertas seperti tampon, tuala wanita, pantiliner dan lampin pakai
buang.
FAKTA TENTANG DIOKSIN
Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah
mengelaskan DIOKSIN sebagai Karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama
kepada manusia.
Dioksin menyumbang dalam pembentukan sel-sel barah
Kesan ketoksidan DIOKSIN adalah amat kuat iaitu 900 kali
ganda berbanding Arsenik dan ia juga digelar toksin
yang paling kuat pada zaman ini*


No comments:
Post a Comment